//Forever Imperfect
IN MY MIND :)

Sunday, June 5, 2016 @ 2:36 AM | 0 Comment [s]

FULL OF MEMORIES 


My Name is Nurul Athika Binti Zepean 
This is my Blogger ,
i hope you guys enjoy reading my story ...







Full of memories ialah tentang kehidupan saya bersama orang yang saya yang sayang.
Setiap kehidupan manusia mempunyai kenangan indah dan pahit yang lalui oleh seseorang tersebut.
Selagi masih bernyawa dibumi Allah swt, selagi itu banyak kenangan yang kita akan memperolehi dalam hidupan kita tanpa kita sedar .
Saya berharap sesuatu kenangan itu akan jadi kenangan yang terbaik dalam sepanjang hidup saya bersama orang-orang yang saya sayang...


So sekarang tiba masanya untuk saya bercerita tentang kenangan yang banyak saya alami tanpa saya sedar kenangan itu menjadikan saya lebih matang dan lebih mengetahui perkara yang sedang laku ...



Saya bukan lah seorang pencerita yang bagus but i try my best to tell you guys about my memory with my friends sejak saya kenal mereka dari sekolah rendah sampai lah habis sekolah.Dalam cerita saya ini hanya kenangan yang saya amat rindui untuk melaluinya kerana saya ingin kenangan ini sentiasa ada bersama saya tidak kira lah saya berkerja or dah beranak pinak pun, Hahaha asalkan itu SWEET MEMORY bagi saya.Saya tak dapat nak bayangkan apa akan jadi selepas ini,tetapi saya mendoakan yang terbaik dalam kehidupan saya dan sentiasa berada dengan keluarga yang tersayang,kawan-kawan dan ramai lagi :)



Dan saya tak nak berbuang masa lagi ,
Okay! let's start ! :)









Ini sekolah saya SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN YARL :)
*biasanya ramai yang tak kenal dengan sekolah ni but its okay kenal tak kenal belakang crita*
Sekolah ni banyak benda yang pernah saya lalui masa time form 1 iaitu pernah kena marah dengan cikgu walaupun diri ini tidak bersalah .
Saya pernah in crush dengan budak senior form 5 dulu but biasa lah comotkan dulu siapa je nak pandang kita ni *HAHAHA* 
Saya masuk sekolah ni sebab since kakak saya mula-mula masuk sekolah ni so saya harus masuk sekolah ni jugak walaupun sekolah ni ramai cakap ramai budak jahat lah apa lah but itu semua hanya lah satu penipuan.
Mana ade sekolah yang perfect yang tak ade kes gaduh,buli,dan macam-macam lah.
Kalau ada sekolah yang perfect pun,bagi saya sama je tak ade bezanya sebab setakat kes-kes macam tu tak merosakkan pembelajaran kita pun.So lantak pi lah dengan orang-orang macam tu,jangan nak sibuk tepi kain orang.
So tak kesah lah apa pun but i love this school so much and terlalu banyak benda yang dah berlaku dalam hidup saya .








2015

Gambar atas ni ialah kawan saya a.k.a My BFF :)
walaupun ada yang tak ada kat dalam gambar ni but its okay,nanti saya akan saya letak kat cerita saya yang lain.
Saya memperkenalkan dari kiri saya : Maisarah,Hazirah,Rosdiyana,Syahira,dan Aishah.
Dibelah kanan saya : Nina,Afina,dan Aisyah Nabilah.

Saya kenal diaorang since daripada sekolah rendah tetapi rapat dengan diaorang time dah masuk sekolah menengah form 3 tak silap saya.
Mereka adalah SAHABAT SEJATI saya tak kira lah bergaduh macam mana pun,kami sentiasa akan bersama dan saling memaafkan sesama insan.
Bagi saya gaduh dengan sahabat kita sendiri dapat mengeratkan hubungan dengan rapat dan juga dapat mengetahui kerenah mereka yang sebenarnya tanpa kita sedar.
Hubungan persahabatan saya dengan diaorang tiada pengakhirannya *IN SHA ALLAH*
Saya juga berharap hubungan persahabatan ini akan kekal hingga ke Jannah *AMIN..*

Gambar diambil pada Bulan Peperiksaan SPM tetapi time tak ada paper,esoknya baru ada paper,so kami datang untuk studys dan gambar ini diambil juga untuk promote baju kami BATCH 98 yang ditempah oleh BFF saya Nuraini untuk baju kenangan senior year kami,So Thank you so much to her sebab dia sanggup nak baju ini untuk dibuat kenangan . LOVEYOUSOMUCH BEB :)

Okay lupakan pasal baju tu... kita teruskan cerita pasal benda lain pulak :)










Ini saat yang paling saya suka sebab Gambar ni diambil pada 2 Ogos 2015 
Time ni kami pergi Kem KRS di Bentong,Pahang.
The moment time nak pergi mendaki bukit punya la tinggi penat weyh but penat tu bertukar jadi tak penat terus walaupun time nak turun bukit tu lecak dan ade pacat >< *Memang tak suka dengan pacat sebab menggelikan dan menakutkan*
Yang tak blahnya cakap tempat tu ada pacat kelam kabut lari sebab tak nak kena pacat,time tu juga pacat dah naik kt kaki saya nasib baik lah saya terasa macam lain macam kt kaki,angkat kaki seluar adaa pacat terus buang ><" 
Ngeri gila sebab nasib baik pacat tak hisap darah sebab nanti gemok terus dia.HAHA

Dah semestinya gadis yang ade dalam gambar ini akan lari dari pacat dan takut pacat.Macam-macam kerenah lah berlaku time naik dan turun bukit.
Haaaaaaa ada moment saya jatuh tetiba sebab jalan tu kecil kalau tak jalan betul-betul memang boleh jatuh ar malangnya saya jea yang jatuh.Tapi ini semua membuatkan saya jadi kuat menempuhi ujian dalam hutan.
Semangat kerja sama memang tip top sebab kalau orang depan laju sangat jerit stop sebab orang kat belakang masih jauh dan saling tolong menolong lagi-lagi time turun bukit agak curam so kena berhati-hati. 
Alhamdulillah kami naik dan turun bukit dengan selamat.
Tak ada siapa yang tinggal sebab masing-masing jaga masing-masing,TeamWork yang best ever :)

Lepas turun dari bukit,masing-masing kebulur lapar sangat-sangat sampaikan makcik marah sebab ade sisa nasi kat atas meja >< *Maluu gile time tu* 
Meja perempuan tak bersepah but Meja Lelaki ar bersepah sebab lapar sangat,lagipun banyak energy yang digunakan time naik dan turun bukit so memang akan jadi la macam tu.. HEHEHE :)
Masa makan tu boleh pulak pacat yang hinggap kat cikgu jatuh dan gerak ><" 
Tengok pacat tu jadi GEMOK! sebab hisap darah banyak sangat sampai kenyang dan matii lah pacat tersebut. HAHAHAHA
Masing-masing gelak sebab kelakar sangat pacat tu jadi GEMOK!sampai tak larat gerak. HAHAHAHA memang kelakar lah time tu sampaikan cikgu sendiri tak mengaku pacat tu hisap darah siapa . hahahaha haish rindu betul lah kem tu sangat-sangat rindu. :')



KETIKA BERADA DI PUNCAK BUKIT *SELFIE*









Best Camp Ever :)
KEM KRS ( BENTONG,PAHANG )





NEXT STORY IS......








STORY PASAL GAMBAR NI YANG DIAMBIL MASA SAMBUTAN 1 MALAYSIA KENA BERPAKAIAN BAJU YANG MENGIKUTI BANGSA MASING-MASING :)

RAMAIKAN ? Haruslah ramai dah bergabung semua kelas 5S 5A 5R 5V but bukannya semuanya hanya yang bergambar dengan kitaorang je :) HAHAHA
Time ni rasa macam hari raya dapat berkumpul ramai-ramai macam ni like family :)
Macam gaya dan kerenah dalam gambar tu . HAPPY DAY ever sebab murid-murid yang lain berkumpul dalam dewan tapi dieorang ni tengah syok bergambar sampaikan cikgu pun tak kesah pun . Asalkan kiteorang tak buat bising or sampai tak buat kerje . hehehehe habis kerje bahagian makanan yang sesiapa bawak makanan sendiri so kena bahagikan makanan goreng-goreng ,berkuah dan macam macam jenis makanan ada but Alhamdulillah semuanya makanan habis licin,seronok jea tengok makanan habis sebab kalau habis makanan tak ade lah membazirkan ? Yeayyy !!! *OVER PULAK*

Dalam gambar semua kat atas tu saya hanya akan sebut nama jea sebab susah nak terangkan dan bersepah. 

LELAKI'S : Ridhwan Fitri,Suhairi,Rizki,Abdul,Isyraf,Yusoff,Haziq,Shahrul Amirul,Ahmad Ridhuan,Abdul Muiz,Amirul,Asri,Hidayat,Shahir dan Akmal Azfar

PEREMPUAN'S : Hazirah,Aishah,Syaziha,Rosdiyana,Maisarah,Saya,Azilah dan Afina Aina :)

for your infomation wanita yang bertudung hitam itu adalah cikgu sains kami namenya Cik Nor Hasmira :) Comelkan ? hehehe Rinduuunyaaa ~

Bila dapat gambar macam ni, rasa seronok sebab bukan selalu dapat bergambar macam ni ramai-ramai..walaupun ada yang kenal macam tu , but to me tak kesahh lah asalkan berkawan tu jangan sampai berpisah ... friends till jannah :)









Untuk cerita pasal gambar kat atas ni tentang Sambutan Hari Guru yang bertemakan "Back To School" guru-guru kena berpakaian sekolah.. tapi form 5 handle segala aktiviti pada hari tu . Pada hari tu kami berjaya dapat membuatkan semua cikgu gembira walaupun tahun yang akan datang pun cikgu akan gembira tapi bagi saya tahun yang istimewa sebab last yaer to us so nak buat yang terbaik untuk cikgu yang kiteorang sayang.

Setiap tahun berbeza tema hari guru so bila dapat berpeluang dapat menyambut hari guru ni so sambut lah dengan meriahnya walaupun ala kadar.Itu pun saya dah rasa bersyukur sebab masih dapat tengok gelagat cikgu yang having fun masa tu.. Haishhh rindunya lahai ~

gambar tu diambil lepas kami buat persembahan hari guru dengan nyanyian lagu "Kau Ilham Ku" sebab lagu tu bermakna bagi kami :) 


Beribu bintang dilangit,
Kini menghilang,
Meraba aku dalam kelam,
Rembulan mengambang,
Kini makin suram,
Pudar ilhamku tanpa arah.

Sedetik wajahmu muncul,
Dalam diam,
Ada kerdipan ada sinar,
Itukah bintang ataupun rembulan,
Terima Kasih ku ucapkan. 

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu,
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu,
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini,
Mengganggu ruangan hidupmu,
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori,
Kota di arena ini,
Kau ilhamku...
Kau ilhamku...


Setiap lagu yang dinyanyikan tu mesti ada makna sebaliknya,kami memilih lagu ini sebab kami nak cikgu-cikgu tahu yang kami amat menyayangi cikgu dan cikgu sentiasa memberi tunjuk ajar pada kami tanpa penat lelah,Kami amat menghargai jasa dan pengorbanan cikgu semasa kami masih dibangku sekolah :') Kami tak mampu nak membalas jasa dan pengorbanan cikgu tetapi kami hanya mampu membalasnya dengan result SPM kami sendiri  :) Terima Kasih cikgu untuk segala-galanya :')










Yeayy dah nak sampai ke penghujungnya...

this picture is our "Graduasi Tingkatan 5" walaupun kami bukan macam sekolah lain yang berpakaian jubah besar and bertopi but kitaorang tak kesah asalkan ada gambar *HAHAHAAHAHAHA* 
Ini baru gabungan semua kelas form 5 : 5S 5A 5R 5V :)
Gambar ni memang buat saya rindu balik nak sekolah sebab rindu nak pakai baju sekolah walaupun time sekolah boring gila nak pakai baju sekolah sebab panas but bila dah tak sekolah ni rase rindu balik.. hehehehe  tak kesah lah orang lain ada yang rindu or not nak pakai baju sekolah , tapi to me memang rindu gila. hahahaha rindu rindu rindu ~

Gambar ni jugak dapat kat majalah sekolah so ambil gambar and nak post kat blog saya ni sebab nak gambar ni sebahagian daripada cerita saya yang akan berpanjang lebar ><" hahahaha hadap jea lah :) "Amalan membaca itu bagus" so baca jea lah :) okay ?
Okay kita sambung balik cerita saya ini dengan kisah sebaliknya masa saya sekolah.
walaupun yang kat atas tu time saya sekolah but tak kesah lah .
setiap gambar ada makna..so nak cerita jugak,walaupun gambar ni mengabungkan semua form 5 tapi kami tetap kawan but tak rapat sangat lah :)
to me make friend with someone is good :)

Banyak benda lah saya lalui masa sekolah dihina , dikutuk,di caci ,tidak disukai orang . macam macam lah kalau bercerita kat sini memang takkan habis . hahahaa so saya hanya akan cerita kan pendek pendek tapi padat.

Setiap orang melaluinya berlainan kan dan juga berlainan cerita.
Sejak dibangku sekolah kita merasakan kelainan sebab ada guru membimbing kita sampai lah habis sekolah.
Lepas ni akan merasa lebih kelainan sebab dah tiada siapa nak guide kita selain kita sendiri kena guide diri kita jadi yang lebih baik daripada orang lain.

Cabaran akan datang bila-bila masa saja. so stand up be a strong people.
Be a good person and always be a good person .





Akhir kata untuk cerita saya yang merepek but  its make sense.
Setiap yang berlaku pada saya membuatkan saya lebih matang dan senatiasa berpikiran positif sebab semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah swt takkan segaja menguji kita tanpa sebab .. so what happen to me have a reason :)

I will never forget about my secondary school because dari situ lah tempat saya mencari kawan baru dan mecari sahabt untuk selama-lamanya.. dan banyak lah .. tak terkata bagi saya ... and one more thing i always love you guys untill mt last breath :)















 


ALWAYS LOVE YOU GUYS :)









The Disclaimer

Assalamualaikum and Hello :) Simple About me. You know me , You know about me :) Im not show off person . Hope you guys enjoy it :)

This is my Story


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!

YOUR CBOX CODE HERE BEBEH!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Nurul Athika

Best View at GOOGLE CHROME!